Ramadhan akan tiba dalam masa 28 hari lebih kurang. Bulan yang aku ternanti-nanti. Memang benar bulan yang sangat mulia kerana secara tidak langsung kita akan dapat membersihkan jiwa kita, dapat kurangkan makan, berjimat cermat, mendekatkan diri denganNya dan macam-macam lagi.
Aku tak tau macam mana nak terangkan, rasa dalam hati ini berbeza bila tibanya Ramadhan. Rasa lebih tenang. Benda yang kita nak buat di bulan lain biasanya akan berjaya kita lakukan dalam bulan Ramadhan. Benda yang paling jelas ialah menahan lapar dan dahaga. Secara tak langsung boleh diet!
Tarawikh
Solat Sunat Tarawikh adalah antara perkara yang indah dalam Ramadhan. Pada satu ketika, aku dapat kawal nafsu makan, berbuka juga ala kadar, kemudian Solat Tarawikh. Lepas Tarawikh, pergi jogging. Ya Tuhanku, nikmatnya jogging waktu ni, kerana badan ringan, stamina ada. Berat pun cepat turun.
Waktu sahur juga adalah waktu yang seronok, kerana memang sah kita takkan tetinggal solat Subuh. Pada bulan Ramadhan juga syaitan dan iblis akan di rantai dan pintu neraka akan ditutup. Kalau buat jahat atau nak langgar perintahNya juga, haa itu nafsu kita lah tu.
Istiqomah
Seringkali aku cuba untuk istiqomah selepas Ramadhan, tapi mesti akan tersangkut di tengah jalan. Tapi aku tidak akan berhenti untuk terus istiqomah. Semoga Ramadhan kali ini dapat aku lalui dengan sempurna.
Tapi setiap kali Ramadhan tiba, aku akan teringat waktu zaman sekolah dahulu. Aku tak tau kanak-kanak zaman sama atau tidak, tapi setiap kali selepas tarawikh. Aku dan kawan-kawan pasti akan berkumpul di padang dan main permainan polis dan pencuri!
Suma orang akan di bahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan polis. Satu lagi kumpulan pencuri. Yang best tu lagu nak pilih ahli kumpulan. “Polis entri one two jaga, polis mati pencuri jaga. haa ko geng pencuri”. Letak selipar lepas kira dengan ayat tadi. Haha!
Pencuri akan diberi masa dalam 10 untuk lari dan sembunyi. Bulan Ramadhan kan Syaitan kena rantai. Jadi apa nak takut kalau kena sorok? Masa ni lah gaya batman semua keluar, konon dapat blend in dengan kegelapan. Haha!
Kenangan
Lepas dah sorok, polis akan cari dan tangkap. Permainan akan habis jikalau semua pencuri dapat ditangkap polis. Maka setiap hari lepas habis main baru balik. Bila balik mesti berpeluh-peluh. Hari pertama kedua ketiga ok lagi.
Hari keempat kena bebel dengan mak ayah. Penah sekali kena sebat dengan penyangkut baju sebab main sampai baju koyak. Haha! Apa pun satu kenangan yang tak boleh di lupakan. Andai kalian pun ada kenangan time Ramadhan, kongsikan di ruang komen.
Selamat Menyambut Ramadhan!
Leave a Reply