• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Komputer / Proses Level Design dalam game.

Proses Level Design dalam game.

26 May 2019 by ybbaby Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini Yb nak kongsikan tentang level design dalam game. Setelah dah ada idea dan storyline, environment pun dah ada, proses seterusnya ialah level design. Level design ini adalah cabaran-cabaran yang kita akan letak dalam environment untuk pemain laluan mengikut tahap-tahap tertentu.

Berpandukan idea dan storyline asal, kalian boleh mereka cabaran-cabaran untuk membuat game kalian menarik untuk dimainkan. Ada cabaran yang boleh buat berlainan, dan ada cabaran yang boleh buat berulang-ulang. Contoh paling mudah ialah pemain akan menghadapi berlainan musuh.

Contoh cabaran yang dibuat untuk pemain.
Contoh cabaran yang dibuat untuk pemain.

Cabaran

Cara berlawan atau cara untuk mengatasi musuh adalah berbeza. Senjata berlainan dan bermacam jenis juga boleh digunakan untuk membuatkan game kita lebih menarik. Ini jika game kalian adalah jenis game yang perlukan bertarung atau tembak menembak.

Jika game kalian lebih kepada game teka teki atau penyelesaian masalah, environment perlu lebih terperinci untuk membolehkan pemain mengkaji apa yang ada pada environment kalian. Level design akan pergi ke lebih teknikal kerana ia memerlukan skil programming.

Contoh level design yang terperinci. Dalam kotak Camera preview adalah pandangan yang akan pemain nampak.
Contoh level design yang terperinci. Dalam kotak Camera preview adalah pandangan yang akan pemain nampak.

Programming diperlukan

Contohnya kita mahukan pemain melalui satu lorong yang ada kereta, dan selepas melalui kereta tersebut akan muncul 3 musuh. Programming diperlukan untuk membuat trigger point dimana pemain melalui trigger point tersebut dan 3 musuh akan muncul.

Yb dulu gunakan java script untuk programming dalam game. Perisian yang digunakan adalah Unity3D. Dalam Unity3D memang dah ada fungsi programming, jadi lebih mudah kerana kita tidak perlu dari mula. Bergantung pada kalian, perisian mana yang kalian selesa. Macam Yb, Yb lebih selesa dengan Unity3D.

Contoh level design dengan environment malam.
Contoh level design dengan environment malam.

Untuk watak pula, kalian boleh cipta dari idea asal atau selepas idea asal pun boleh. terpulang pada kalian. Dalam game design, jika kalian ada pasukan yang di spesifikkan tugas masing-masing lebih baik. Setelah selesai semua design, baru kalian boleh masukkan bahagian musik dan musik latar.

Setelah semua selesai, baru kalian akan tentukan di platform apa game kalian nak dimainkan. PC, Xbox, PS4, Wii atau mobile platform. Semua ini boleh dihasilkan menggunakan game engine yang kalian gunakan. Kalian hanya perlu cuba bermain dengan segala fungsi yang ada dalam perisian yang kalian gunakan.

Jika ada soalan bolehlah tinggalkan di ruang komen ya.

Semoga Bermanfaat!

Artikel menarik untuk anda:

Environment dalam game design

Environment dalam game design

Kita dah tau asas untuk game design, mari kita pergi ke salah satu proses secara terperinci iaitu environment design. Environment…... Baca selanjutnya »

Permainan E-games Merosakan!

Permainan E-games Merosakan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini nak tukar panggilan aku kepada Yb, nama pun ybmalaya kan. Baiklah, bercakap tentang permainan e-games atau…... Baca selanjutnya »

Asas Game Design

Asas Game Design

Bercerita tentang permainan video atau games, kebanyakan orang akan memandang serong. Ini semua disebabkan pemain yang muda menjadi leka. Tapi adakah kalian…... Baca selanjutnya »

Kenali Dalam Komputer Anda

Kenali Dalam Komputer Anda

Komputer atau komputer riba tidak asing lagi dalam dunia hari ini. Walaupun kebanyakan orang sudah beralih ke telefon pintar, komputer masih lagi…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Komputer Tagged With: 3ds max, asas game design, Buat game, cabaran, cabaran yang boleh diletak dalam game, game design, level design, lukisan, melukis, pc, permainan video, ps4, unity3d, xbox

Previous Post: « Environment dalam game design
Next Post: AKU DENGKI DENGAN KAU!! »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme