• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Rezeki yang ditolak

Rezeki yang ditolak

11 July 2019 by ybbaby Leave a Comment

Aku ingin kongsikan sesuatu yang sedang aku lalui. Bukan lah membuka pekung di dada. Jauh sekali membuka aib sesiapa. Tapi sebagai satu kisah yang boleh dijadikan tauladan kerana aku yakin, ramai yang mengalami keadaan sepertiku. Cuma keliru dan buntu. Semenjak dua menjak ini apa yang aku lakukan tidak menjadi. Aku cuba mencari dari mana silapnya semua tidak menjadi.

Simpanan kewangan telah habis. Jualan tidak masuk. Jalan dah betul. Segala selok belok teknikal tentang produk dan perjalanan perniagaan sudah pun aku kuasai. Tetapi, segala aktiviti yang aku lakukan tidak berhasil.

Buat aktiviti berkumpulan, ahli komplot yang lain dapat jualan alhamdulillah, tapi aku tidak. Bermacam-macam cara aku lakukan, Aku bantu ahli-ahli yang sedikit goyang untuk mendapat jualan dengan harapan aku juga akan dapat nanti. Aku ubah cara penyampaian, ubah cara teguran. Buat atas talian, dalam talian, luar talian. Tapi tetap tiada hasil.

Buntu

Aku buntu. Seolah-olah melanggar satu dinding yang tidak akan pecah. Aku solat, aku berdoa, aku cuba bangun malam, tapi hatiku kosong, dalam diri tiada rasa apa. Mula datang bisikan yang aku tidak tahu dari mana mengatakan tiada guna usaha aku ini. Aku teruskan langgar dinding tersebut.

Di mulut kata berdoa, bermunajat kepada-Nya, tapi kaki kaku malas nak berjalan, pinggul dibiarkan berlabuh, tangan tidak dibasahi dengan wudhuk, mata melihat perkara yang terlarang, telinga dibiarkan menyerap bunyi-bunyi yang tak sepatutnya dan fikiran melayang ke arah perkara tidak berfaedah dan tiada tujuan.

Aku beribadah, tiada rezki pun yang masuk tapi dengan melakukan perkara terlarang, tinggalkan perintahnya, ada rezki yang masuk. Sehingga fikiran mula terfikir yang tidak sepatutnya. Allahuakhbar, Allah Maha Besar. Aku tersedar aku sudah jauh menyimpang. Sehingga lupa rezki hanya bentuk wang semata-mata. Ini semua bisikan halus yang aku tidak lawan.

Tiang yang kukuh

Hanya membiarkan ia menguasai diriku. Bisikan semakin bermaharajalela. Seperti kapal yang dibiarkan ditolak angin tanpa kemudi. Semakin jauh dan semakin jauh. Jauh disudut hati aku tahu ini semua salah. Telah terlalu banyak kebinasaan akibat dari bisikan-bisikan ini. Aku tidak putus asa. Berbalik kepada perkara asas.

Tiang-tiang iman harus di dirikan, masakan teguh sebuah rumah kalau tiada tiang yang kukuh? Sama seperti 6 Tiang Asas untuk jualan yang pernah diberikan pencerahan dari salah seorang orang yang hebat. Ironinya sama jumlahnya dengan 6 Rukun Iman yang menjadi pegangan kita semua.

Tujuan Asal

Aku berbalik semua ke tujuan asal aku menceburi perniagaan ini. Untuk mengubah ekonomi keluarga. Pasti ada yang tidak kena. Aku buang segala ego sebagai seorang lelaki, sebagai seorang suami, aku bertanya apakah segala tindakan aku selama ini menyenangkannya?

Ternyata, tidak, malah memendam di hati berbulan-bulan lamanya. Tidak luahkan kerana takut aku yang terasa hati. Allahuakhbar, rezki depan mata yang aku buat tak nampak selama ini dan ditolak buta-buta. Maafkan aku. Inilah perkara yang kita sering terlepas pandang. Rupanya dinding yang dilanggar tadi ada sebuah pintu yang hanya boleh dibuka.

Tapi kerana hati buta, aku tidak nampak. Hubungan antara suami isteri, hubungan dengan mak ayah, hubungan dengan rakan, hubungan dengan orang sekeliling, hubungan sesama manusia dan yang terakhir paling penting hubungan dengan-Nya.

Ketenangan

Tidak kiralah kalian kerja, atau menjalankan perniagaan. Sebenarnya kita semua berniaga, bezanya hanya menjual masa atau usaha. Jagalah semua hubungan. Kita semua berlumba mencari kebebasan kewangan, kebebasan masa, tapi percayalah, kita sebenarnya mencari ketenangan hati.

Aku ingin memohon maaf dengan semua pembaca, keluargaku, rakan-rakanku, orang kelilingku dan sesiapa sahaja yang mengenaliku, andai aku ada melakukan atau bertutur sehingga melukakan perasaan kalian. Aku telah dijentik dengan tiada apa tapi hanya tinggal rezeki yang ditolak tadi. Butanya aku sebagai hamba-Mu yang lemah.

Aku tidak mahu menyimpan apa-apa perasan negatif lagi. Aku maafkan semua. Siapalah aku untuk tidak memaafkan. Aku tahu ada yang mengalami keadaan sama sepertiku. Bersama-sama kita berusaha kembali ke jalan asal untuk berubah dan mengubah ekonomi keluarga.

Baru aku faham maksud 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Rupanya ia akan buat kita sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki diri dan akan sentiasa mendekatkan diri dengan-Nya. Besarnya rahmatMu. Semoga kita semua dirahmati-Nya dan dipermudahkan segala urusan.

Artikel menarik untuk anda:

Duit gaji asyik tak cukup je!

Duit gaji asyik tak cukup je!

Seringkali kita dengar masalah ini di kalangan rakan – rakan atau teman sepejabat. Malah aku juga tidak terkecuali dari masalah…... Baca selanjutnya »

Aku nak gaji tinggi!

Aku nak gaji tinggi!

Aku sedang duduk, berehat sebentar setelah lama berdiri menegur orang ramai. Botol air, separuh aku teguk. Betul dahaga. Orang yang lalu lalang…... Baca selanjutnya »

Perkara remeh yang penting

Perkara remeh yang penting

Perkongsian ini adalah olahan dari kata-kata seorang pemimpin yang hebat. Bila bercakap tentang pekerjaan. Ada yang berniat untuk…... Baca selanjutnya »

Mencari redha-Nya dalam ibadah

Mencari redha-Nya dalam ibadah

Saban hari sentiasa ada dugaan dalam hidup kita. Ada yang besar ada yang kecil. Ada yang rasa tidak ada penyelesaian. Ada yang…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan Tagged With: Allah, Allahuakhbar, buntu, ditolak, give up, jalan penyelesaian, Jangan give up, Jangan putus asa, kerja, kerja makan gaji, kerja separuh masa, kerja sepenuh masa, masjid, Mencari ilham, Mencari kekurangan diri, mencari rezeki, Perniagaan, putus asa, rezeki, rukun iman, tiada arah, tiang, tiang agama, usaha, Usaha tangga kejayaan, usaha tanpa henti

Previous Post: « Penjaga Mimpi 5
Next Post: Komputer lembab? »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme