• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Ceritera / Sebuah Perjalanan – Ep 4 – Hidup Baru

Sebuah Perjalanan – Ep 4 – Hidup Baru

13 April 2019 by ybbaby Leave a Comment

Pelbagai cabaran dan dugaan dalam perhubungan jarak jauh. Apabila aku dan dia masuk ke alam pekerjaan, cabaran dan dugaan jauh skali berbeza dari zaman belajar. Aku bekerja di Lumut, manakala dia bekerja di Cyberjaya. Disini lah pentingnya untuk mengukuhkan asas perhubungan dari awal.

Setelah setahun berjauhan, aku dapat merasakan sudah sampai masa untuk aku bawa perhubungan ini ke tahap seterusnya. Aku mula pasang niat untuk mendirikan rumah tangga dengannya. Di saat aku mula pasang niat untuk mendirikan rumah tangga, cabaran untuk mula mengenalinya dengan lebih dalam telah tiba.

Kenalilah, dalamilah dan fahamilah diri masing-masing.

Adakah aku bersedia?

Bukan dengan dia saja tapi dengan keluarga dia. Beliau berasal dari Kelantan. Pada mulanya aku terfikir, adakah aku bersedia? Tapi benar kata orang tua. Tiada siapa yang bersedia. Cabaran masing-masing berbeza. Jadi jalan je. Aku memulakan langkah dengan pergi sendiri berjumpa dengan ibu beliau dan menyatakan hasratku.

Alhamdulillah dipermudahkan. Maka aku berbincang dengan orang tuaku. Ibuku tanya dah ready ke? Aku menjawab dengan selamba, dah! Aku tahu aku bakal pikul tanggungjawab yang lebih besar selepas ini. Berbeza dengan ayahku. Soalan yang dia tanya padaku, “Kau tahu siang ikan keli?” Aku pelik.

Kalian tahu siang ikan keli?

Rupanya tujuan ayah aku tanya, adalah supaya aku tahu asas yang mudah yang ramai orang ambil mudah pada hari ini. Kenal jenis-jenis ikan, jenis-jenis sayur, cara siang ikan, ayam dan perkara-perkara masak. Aku tahu lah sedikit sebanyak. Terima Kasih ayah!

Perjalanan Mudah

Kemudian, keluargaku pergi merisik, alhamdulillah terus bertunang dan tarikh majlis terus ditetapkan pada hari itu juga. Majlis juga belah lelaki dan belah perempuan disatukan dalam satu majlis. Nampak bila niat betul, InsyaAllah semua dipermudahkan.

Jadi nasihat aku pada kalian yang ingin mendirikan rumah tangga, terutama lelaki, perlu ambil tahu juga hal rumah tangga terutama di dapur ya. Kadang-kadang benda mudah ni boleh menyebabkan retak rumah tangga tau. Jadi jangan ambil mudah. Aku tak cakap lebih sebab perjalanan bersama pasangan masing-masing berbeza.

Letih oi hari majlis! Haha!

Alhamdulillah, perjalanan majlis lancar. Boleh rujuk entri Alam Baru untuk check list majlis kalian nanti. Pasang niat, insyaAllah rezki akan datang tanpa di duga. Selepas kahwin.

Bermulalah perjalanan baru dalam hidup, doakan kami bahagia sehingga ke akhir hayat ya. Pada yang akan mendirikan rumah tangga aku doakan kalian dipermudahkan dan bahagia sehingga ke akhir hayat!

Artikel menarik untuk anda:

Sebuah Perjalanan – Ep 2 – Pelancaran Nuklear

Sebuah Perjalanan – Ep 2 – Pelancaran Nuklear

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, macam-macam yang jadi dalam dunia aku. Tapi dalam masa yang sama aku hanya kirim…... Baca selanjutnya »

Alam Baru

Alam Baru

Orang selalu cakap, dah sedia ke nak melangkah ke alam rumah tangga? Kena sedia mental fizikal kewangan dan segala aspek…... Baca selanjutnya »

Sebuah Perjalanan – Ep 1 – Pandang Pertama

Sebuah Perjalanan – Ep 1 – Pandang Pertama

Orang kata dari mata jatuh ke hati. Ya betul aku alaminya. Malam ni nak feeling jiwang sikit. Aku kongsikan bagaimana…... Baca selanjutnya »

Sebuah Perjalanan – Ep 3 – Membina Jambatan

Sebuah Perjalanan – Ep 3 – Membina Jambatan

Segala halangan dan rintangan untuk berkomunikasi telah aku pecahkan. Hanya ruang yang kosong antara aku dan dia. Aku tahu yang…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Ceritera, Sebuah Perjalanan Tagged With: bersedia untuk kahwin, cinta, kisah aku dan dia, macam mana nak kahwin?, persediaan sebelum kahwin, sebuah perjalanan

Previous Post: « Sebuah Perjalanan – Ep 3 – Membina Jambatan
Next Post: Avengers Endgame, kalian dah ready? »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme