• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Ceritera / Sebuah Perjalanan – Ep 2 – Pelancaran Nuklear

Sebuah Perjalanan – Ep 2 – Pelancaran Nuklear

11 April 2019 by ybbaby Leave a Comment

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, macam-macam yang jadi dalam dunia aku. Tapi dalam masa yang sama aku hanya kirim salam je dekat dia melalui Naju. Aku dah terfikir, satu hari aku kena lancarkan juga nuklear yang aku dah sediakan ni. Cuma belum masa lagi.

Bersedia untuk dilancarkan ke sasaran.

Ada satu masa tu aku tengah serabut, lupa nak kirim salam, Naju yang tanya, “Apis! tak nak kirim salam kat anis ke?”.

“Haa Assalamualaikum, kirim salam ni kat anis tau!” jawabku.

Assalamualaikum! Credit to dedidores.

Oh ya, jika nak kirim salam pada seseorang, sebut Assalamualaikum dulu selepas itu baru minta sesiapa sampai kan. Begitu lah, berlarutan sehingga ke 2 tahun. Bila teringat balik, masa dalam tempoh 2 tahun ni, aku takut nak contact direct dia, kenapa? Sebab fikiran negatif dan tidak yakin pada diri.

Aku memang hanya kirim salam dan tak lebih daripada itu. Walaupun Naju antara classmate yang rapat, tapi aku tak pernah minta nombor telefon pada Anis pada dia. Aku hanya biarkan saja. Aku betul-betul go with the flow je.

Cari Jalan

Aku fikir macam mana nak mulakan perbualan dengan dia ni? Masa tu hanya ada yahoo messenger dan facebook, myspace dan friendster dah tak layan dah, so macam biasa, stalk la facebook dia. Tapi, dia jarang update facebook. Argh! Macam mana nak tahu pasal dia dengan lebih lanjut.

Ada la tanya Naju sikit-sikit, tak nak lah lebih-lebih, nanti Naju pun taknak bagi aku kawan dengan Anis, Haha!. Setiap kali kelas dan kirim salam, muka aku pasti tenang, walaupun dalam hati tengah semangat macam Spartan nak perang!

Spartan nak perang!

Dalam tempoh 2 tahun tu, tak terkira berapa kali aku taip padam taip padam, dah taip nak tekan send tapi tak send. Naluri macam kata nanti dulu. Maka nanti dulu. Sampai satu hari, entah dari mana, tiba-tiba aku rasa, dah sampai masa ni. Boleh lancar dah nuklear tadi.

Keputusan

Aku duduk dekat komputer, kunci nuklear dalam tangan. Dapat kod rahsia dari Perdana Menteri. Masukkan kod, pusing kunci. Bersedia untuk lancarkan bom nuklear ni. aku pandang butang pada papan kekunci tu. Ada tulis perkataan “Enter“.

Lancarkan nuklear!

Besar kecil, besar kecil perkataan tu, dapat arahan yang tak tau dari mana, tiba-tiba aku berada dalam markas rahsia askar. Arahan tu kata, “lancarkan sekarang!”. Maka dengan tanpa ragu-ragu. Aku pun tekan ENTER! Nuklear telah dilancarkan.

Nuklear telah di lancarkan ke sasaran!

Serentak dengan pelancaran nuklear tadi, muncul dekat skrin komputer aku.

“Helo Anis!”

Setelah dua tahun, akhirnya aku melancarkan nuklear yang dinamakan Helo Anis di facebook mesej. 3 hari selepas pelancaran itu, muncul di skrin komputer,

“Helo Apis”

DIA REPLY! YA ALLAH!

Itulah dia pelancaran nuklear yang membawa ke arah sebuah perjalanan sehingga ke hari ini.

Artikel menarik untuk anda:

Sebuah Perjalanan – Ep 1 – Pandang Pertama

Sebuah Perjalanan – Ep 1 – Pandang Pertama

Orang kata dari mata jatuh ke hati. Ya betul aku alaminya. Malam ni nak feeling jiwang sikit. Aku kongsikan bagaimana…... Baca selanjutnya »

Sebuah Perjalanan – Ep 4 – Hidup Baru

Sebuah Perjalanan – Ep 4 – Hidup Baru

Pelbagai cabaran dan dugaan dalam perhubungan jarak jauh. Apabila aku dan dia masuk ke alam pekerjaan, cabaran dan dugaan jauh skali berbeza…... Baca selanjutnya »

Sebuah Perjalanan – Ep 3 – Membina Jambatan

Sebuah Perjalanan – Ep 3 – Membina Jambatan

Segala halangan dan rintangan untuk berkomunikasi telah aku pecahkan. Hanya ruang yang kosong antara aku dan dia. Aku tahu yang…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Ceritera, Sebuah Perjalanan Tagged With: assalamualaikum, bagi salam, cerpen, cerpen pendek, cinta, kirim salam, Kisah cinta, perjalanan kehidupan, sebuah perjalanan, sebuah perjalanan episode 2

Previous Post: « Sebuah Perjalanan – Ep 1 – Pandang Pertama
Next Post: Sebuah Perjalanan – Ep 3 – Membina Jambatan »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme