Lewat petang, Yb ke tempat kerja. Keluar dari pintu rumah terserempak dengan salah seorang penduduk. Yb pun mengukirkan satu senyuman tanda hormat dan mesra. Tapi tidak berbalas. Tiada masalah.
Dalam perjalan ke parkir kereta, terserempak lagi. Satu senyuman diberikan, tidak berbalas juga, dengan muka yang masam hanya berselisih begitu sahaja. Yb tukar pula cara. Terserempak dengan seorang lagi.
Budi bahasa
Kali ini Yb menegur dengan kata-kata “bang, sihat?” disusuli dengan senyuman. Tidak berjawab juga. Tidak mengapa. Ketika keluar lif dan hampir ke kereta, terserempak dengan bukan bumiputera.
Yb senyum, senyuman dibalas dengan kata-kata, “how are you?” diselitkan dengan senyuman. Orang pertama yang bertegur sapa dengan senyuman. Apabila menerima balasan sedemikian, emosi menjadi gembira secara tak langsung.
Kaya dengan budi pekerti
Kita adalah orang melayu, kaya dengan budi bahasa. Tapi kemana perginya budi bahasa tersebut? Adakah hilang ditelan zaman? Sedangkan hari ini adalah hari ketiga dalam bulan mulia.
Agama kita juga menuntut menjaga perhubungan dengan orang sekeliling. Apakah kita lupa? Apakah kita telah leka dengan kesibukan kerja? Kalian semua, janganlah lupa. Kita mencerminkan bangsa dan agama kita.
Contoh yang baik
Kenapa kita menunjuk contoh yang tidak baik kepada orang lain? Senyuman juga mampu memberikan ketenangan kepada kesibukan harian kita. Jadi senyumlah. Senyum itu juga satu sedekah.
Janganlah kita lupa satu-satunya identiti bangsa kita, iaitu kaya dengan budi bahasa.
Senyum itu sedekah. Senyum itu satu kebahagiaan kita dan orang sekeliling. Jadi senyumlah sentiasa.
Leave a Reply