Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak berkongsi tentang satu perisian yang memudahkan kita untuk screenshot di platform windows 10. Semalam aku dah berkongsi tentang cara-cara mudah untuk screenshot dalam windows 10. Hari ini adalah perisian yang dahulunya di buat khas untuk Microsoft OneNote.
Tapi pada update terbaru, Microsoft telah mengaplikasikan fungsi perisian ini terus kepada Windows 10. Ia memudahkan lagi pengguna untuk screenshot dan membuat apa-apa catitan atau nota terus ke screenshot sebelum disimpan. Ia diberi nama snipping tool.
Cara guna
Cara untuk dapatkan Snipping Tool ini sangat mudah. Hanya dengan taip di ruangan cari di taskbar windows perkataan “snipping tool”. Selalunya sebelum habis taip lagi, keputusan carian dah keluar. Mudah bukan? Aku tunjukkan sikit pada kalian bagaimana ia berfungsi.
Setelah window Snipping tool dah keluar. Kalian boleh tekan butang New. Kemudian nanti skrin akan jadi kelabu, kalian boleh pilih kawasan yang nak di pilih. Selepas dah pilih, kawasan yang dipilih akan terus masuk ke dalam window snipping tool.
Edit dahulu sebelum save
Kalian boleh edit dahulu sebelum kalian save. Kalian boleh tulis dengan menggunakan pen tool. Boleh ubah warna dan size. Ikut cita rasa masing-masing. Ia juga ada tool highlighter, dimana kita boleh highlight ayat-ayat penting andai kalian screeshot artikel untuk di baca.
Jikalau tersilap boleh gunakan tool eraser untuk padam balik apa yang kita dah conteng pada screenshot tersebut. Lagi advance, ia juga bole edit gunakan Paint 3D. Yang ini aku pun tak explore lagi. Boleh lah kalau kalian nak cuba.
Selamat Mencuba!
Leave a Reply