Ramai orang selalu bertanyakan apa software yang aku gunakan untuk editing gambar dan video. Ada software yang banyak yang boleh digunakan. Ikut keselesaan masing-masing. Software yang menjadi pilihan hatiku adalah Adobe Photoshop, Adobe Premiere dan Adobe After Effects. Ini adalah software yang utama aku gunakan.
Editing Gambar
Untuk pemilihan awal gambar dari awal, contohnya ada 1000 gambar yang nak dipilih dan diasingkan, aku akan gunakan Adobe Bridge. Mudah untuk aku asingkan dan namakan file gambar mengikut susunan mengikut susunan.
Untuk Edit warna, tone warna dan crop gambar aku akan gunakan Adobe Lightroom. Ini kerana aku boleh edit secara serentak. Ini sangat menjimatkan masa andai kalian ada beribu gambar nak di edit. Berdasarkan rekod aku edit gambar paling banyak adalah 60,000 gambar. nak pilih, asingkan lepas tu edit satu-satu, memang masak kalau guna photoshop je. Haha!
Untuk edit detail atau album gambar, baru aku akan gunakan Adobe Photoshop. Kenapa? Sebab aku boleh edit ikut apa yang aku nak. Susunan gambar dan detailing pada gambar adalah mengikut apa yang aku nak. Takda had limit.
Video
Untuk video pula, dari pemilihan footage awal, aku akan masukkan terus ke dalam Adobe Premiere. Dalam Adobe Premiere, aku boleh cut, trim dan edit warna setiap footage. Aku dapat susun semula footage ikut idea asal dan juga boleh asingkan suara dan tambahkan muzik latar. Sarikata juga aku akan buat dalam Adobe Premier.
Untuk effect tulisan, motion graphic atau pengolahan background aku akan gunakan Adobe After effects. Dalam Adobe After Effects, kalian boleh bermain dengan 3D, lighting tambahan, ubah background jika gunakan latar belakang hijau (green screen). Aku pun belum habis explore lagi. Kena selalu main dengan software ni. Semua yang aku edit adalah menggunakan platfrom windows.
Bergantung pada cara masing-masing, ada yang suka gunakan Macbook, ada yang suka gunakan windows. Aku adalah salah seorang pengguna windows. Tapi harus diingatkan, jika kalian ingin bermain dengan software-software ini, spesifikasi komputer atau laptop kalian mestilah middle end dan ke atas. Low End boleh tapi mungkin akan makan masa sikit. Sebab software utama yang aku sebutkan agak berat.
Semoga Bermanfaat!
Artikel cemerlang! Jawatan ini sangat bermaklumat dan bermanfaat juga membantu saya banyak. Terima kasih kerana berkongsi.
Sama-sama! Semoga permudahkan lagi urusan kerja tuan.