• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Sowi aya..sowi ibu

Sowi aya..sowi ibu

12 May 2019 by ybbaby 2 Comments

Satu persatu bentuk dalam buku Balqis warnakan dengan pensel. Bukan main seronok lagi bila dapat menulis dan mewarna. Dah tak kisah dengan keadaan sekeliling. Habis semua pen ibu dan ayah dikumpulkan untuk tulis. Pensel warna dah ada tapi nak juga yang ibu ayah punya. Ish, padahal warna biru, merah dan hitam je.

Aku dan isteriku hanya membiarkan saja Balqis dengan kerjanya, sebab bila dia menumpukan perhatian pada satu aktiviti, dia dah tak kacau ibu ayah buat kerja. Ibu mengemas dapur dan ayah sedang buat kerja di komputer. Setelah sejam, aku masih buat kerja, tapi isteriku dah selesai dan duduk berbual dengan aku.

Kanak-kanak mewarna. Satu aktiviti yang baik untuk kanak-kanak.
Kanak-kanak mewarna. Satu aktiviti yang baik untuk kanak-kanak.

Senyap pasti ada sesuatu

Kemudian aku dan isteriku baru sedar. Eh, senyap je Balqis ni. Seronok betul warna buku. Aku toleh tengok, MasyaAllah. BALQIS! Kenapa conteng dinding?! Terkejut balqis terlepas pensel yang dipegangnya. Balqis hanya diam dan tunduk apabila ibu dan ayahnya memarahinya.

Tiba-tiba Balqis bersuara, “sowi ayaa…sowi ibu” air matanya mula menitik. Aduh, lembut terus hati ibu dan ayahnya. Aku terus melutut dan memeluk Balqis. “Kenapa conteng dinding, kalau tak hilang macam mana?” tanyaku lembut.

Menangis sebab kena marah.
Menangis sebab kena marah.

“sowi ayaa, eskopait kolor pensel eshuwait” jawab balqis seperti berbisik. Walaupun ayahnya cuma faham sowi, kolor dan pensel, ayah tetap balas dengan yakin. “Ya, tapi Balqis jangan conteng dinding, nanti tak hilang susah nanti, tak cantik dah rumah, ok?”. Balqis mengangguk sambil balas. “ok ayaa, sowi aya”. Aku terus memeluknya.

Kalau salah, sorry

Ini yang aku selalu buat dengan Balqis, bila dia buat salah, aku ajar dia cakap sorry. Permulaan memang susah nak bagi dia faham, kena pula Balqis masih lagi pelat bercakap walaupun dah 4 tahun. Tapi alhamdulillah sekarang dia dah boleh cakap dan dia cakap bila dia buat salah.

Lepas aku marah pula selalunya aku akan terus peluk dia, dah marah, kita pujuk la balik kan, Alhamdulillah Balqis semakin faham mana salah mana betul. Ibu dia pula sentiasa bercakap dengan Balqis walaupun Balqis tak respon. Alhamdulillah Balqis dah banyak respon sekarang ni.

Jangan khuatir

Kepada kalian di luar yang mempunyai anak berumur 4 tahun dan percakapan masih belum jelas, jangan risau, sentiasa bercakap dengan mereka, walaupun mereka tak faham, kita pun tak faham. Bercakap lah sentiasa. Perlahan-lahan nanti insyaAllah mesti mereka akan boleh cakap dan faham apa yang kita sampaikan.

Sebaiknya, jangan marah anak-anak kecil ni, banyak bercakap dengan mereka, tapi aku tidaklah sempurna. Mesti termarah kadang-kadang, kalau termarah anak kecil, ikut cara didikan masing-masing, tapi jangan biar tergantung lepas marah, peluklah mereka, kanak-kanak pasti akan rasa sentiasa disayangi oleh kita.

Jangan biar anak-anak kecil selepas dimarahi. Pujuk semula.
Jangan biar anak-anak kecil selepas dimarahi. Pujuk semula.

Semoga bermanfaat.

Artikel menarik untuk anda:

Doa Balqis

Doa Balqis

Hari ini, aku duduk seharian bersama anakku. Melayan segala aktivitinya dari pagi sampailah ke petang. Balqis bermain tanpa henti, tapi sentiasa mengajak…... Baca selanjutnya »

Masa Yang Berkualiti

Masa Yang Berkualiti

Mataku tepat menuju ke skrin tv. Skrin tv sedang mainkan filem seram yang dibuka oleh isteriku. Mataku memang tepat ke…... Baca selanjutnya »

Anakku Balqis

Anakku Balqis

Aku lihat isteriku sedang menyapu lantai, bahagian demi bahagian disapunya. Terkumpul habuk-habuk di satu tempat. Anak aku pula sedang bermain…... Baca selanjutnya »

Emosi Balqis

Emosi Balqis

Buka saja pintu, anakku Balqis dah berdiri tegak di pintu tapi dengan muka mengantuk. Aku membawa pulang roti di tangan….... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Umum Tagged With: 4 tahun, anak, anak berumur 4 tahun, bagaimana cara nak marah anak, bagaimana nak didik anak, cara ajar anak minta maaf, cara marah anak, cara mengajar anak bercakap, cara mengajar kanak-kanak bercakap, cara yang betul marah anak, didik anak minta maaf, kanak-kanak, sayang anak kita, sentiasa bercakap dengan anak

Previous Post: « Malang tidak berbau
Next Post: Cara Screenshot Windows 10 »

Reader Interactions

Comments

  1. Paksu

    12 May 2019 at 9:53 pm

    Saya dari kecik marah anak dan rotan. Alhamdulillah mereka faham kerana rotan untuk mendidik. Ramai ibu bapa takut merotan anak, kawal emosi semasa marah anak. Itu paling penting

    Reply
    • ybbaby

      13 May 2019 at 9:51 pm

      Setuju paksu. Kebanyakan sekarang tak marah dan tak rotan, saya nak rotan, tapi rotan takdak, jadi kalau sentuh, saya tepuk tangan dia. Tapi apa yang saya amalkan macam tu la, lepas dah marah, peluk dan pujuk balik.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme