Seperti biasa aku bangun, bersiap hantar anak dan isteri dahulu kemudian aku ke ibu kota. Tiada apa yang berbeza. Memandu, masuk lebuhraya, kereta berduyun-duyun. Kesesakan lalu lintas seperti biasa.
Aku duduk di lorong tengah dalam keadaan trafik yang sesak. Tiba-tiba kena hon dari belakang. Aku pun tidak tahu apa punca hon kerana jalan sedang sesak. Aku perhatikan keadaan sekeliling.
Sambil memandu aku buka aplikasi youtube, cari video Dr Azizan. Biasalah, hari-hari untuk kekalkan momentum positif aku akan dengar kata-kata yang memberi semngat andai aku leka. Macam ni lah bila kalian jual usaha bukan masa.
Keadaan
Aku perhati keadaan sekeliling. Aku lihat semua riak wajah kebanyakannya tekanan. Tidak ada senyuman. Muka tiada perasaan. Kemudian aku terfikir.
Adakah mereka semua tidak gembira dengan kerja masing-masing? Adakah kerjaya mereka semua memang pilihan mereka? Atau terpaksa kerja kerana itulah saja kerja yang dapat mereka lakukan pada waktu ini?
Berpusu-pusu semua ke tempat kerja masing-masing. Tiada senyuman yang dapat aku lihat. Sejurus sampai ke destinasi yang aku tuju. Aku duduk di sebuah restoran, ada tiga kumpulan sedang menikmati sarapan pagi.
Syukur atas nikmat
Aku bersyukur dengan keadaan yang aku nikmati sekarang. Apa yang aku dapat lihat, walaupun dengan keadaan trafik sesak tadi, dengan raut wajah masing-masing yang ketat, kita masih lagi aman. Kita masih lagi dapat lakukan apanyang kita nak walaupun tidak suka dan bukan pilihan hati.
Tiada ketakutan seperti yang berlaku di negara luar. Keharmonian masih lagi kuat. Aku menegur beberapa orang yang selisih tadi walaupun tidak kenal, masih berbalas dengan senyuman.
Bersyukurlah dengan keadaan kita sekarang. Senyumlah walau apa jua keadaan.
Leave a Reply