“Assalamualaikum bang, maafkan saya, saya nak minta izi….” belum sempat Amri menghabiskan ayat, “Kau ni tak paham bahasa ke? Aku sibuk ni, masa itu emas, aku nak tandatangan perjanjian bernilai 2 billion ni.” kata seorang jejaka memakai baju blazer hitam bertali leher hijau dengan nada yang sangat sombong.
“Maafkan saya bang, saya cuma nak bagi abang risalah ini je untuk abang baca, mana tahu dapat membantu aba…” belum sempat Amri menghabiskan kata-kata, kali ini jejaka itu merampas risalah tersebut dan mengoyakkan dihadapan Amri kemudian membaling kembali ke muka Amri.
Terasa seperti dipanah halilintar Amri terkedu dengan perbuatan jejaka tersebut. Rasa nak di hentak hikmat langit ketujuh nanti masuk penjara pula. Amri hanya berdiam diri. Tidak membalas sepatah pun kerana risaukan akan terjadi peristiwa gusti. Diam tak bermaksud kalah.
Sunyi
Suasana depan bank yang hiruk pikuk tadi bertukar menjadi sunyi serta merta. Umpama berdiri di tepi tasik yang mempunyai rumah usang dan berkabus. Tiada suara kedengaran, hanya bunyi mesin ATM yang sedang mengeluarkan wang berbunyi.
Cebisan kertas risalah tadi berterbangan. Dikutip satu persatu. Supaya tidak bersepah disitu. “Aku tak perlu bantuan kau lah, kau bukan nak bantu, kau nak menjualkan, ingat aku tak tahu ke?” kata jejaka sangat berlagak.
Jejaka pun berlalu ke kereta proton beliau. Ingat bawak merc ke bmw ke, lagak macam bawak kereta mewah je. Memang minta direjam dengan batu sebenarnya jejaka ni. Amri hanya menumpukan perhatian mengutip cebisan kertas yang dikoyak tadi. Telinga dah panas merah dah.
Sedang Amri mengutip satu persatu, datang seorang pakcik membantu mengutip bersama. “Nak, jangan khuatir, usaha je ya. Ini dugaan Allah nak bagi kat kita” kata pakcik tersebut. “teruskan berbuat baik nak. Apa anak buat ni sangat mulia. Pedulikan apa orang nak cakap”
Sabda Rasulullah SAW : Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak memberi manfaat bagi orang lain. (HR.Bukhari Muslim)
Air mata
Bergelinang air mata Amri mendengar kata-kata pakcik tersebut. Tidak terkata Amri melihat mata pakcik tersebut. Dihina dan ada insan yang prihatin dan sedar akan usaha beliau, “Terima kasih pakcik, saya cari rezeki yang halal je pakcik” balas Amri. “Ya, pakcik faham tu, anak kena kentalkan diri ya. Risalah apa tu nak?”
“Ini pakcik, saya cuma seorang jurujual saja, tapi saya berniat untuk bantu sesiapa yang memerlukan, kalau tak perlu, saya tak jual pakcik” balas Amri. “Bagus cara anak ni, takpa anak, pakcik tak perlukan lagi. Nanti pakcik perlu, pakcik hubungi kamu ya.” kata pakcik itu.
“Ingat pesan pakcik, Sabda Rasulullah saw : Khairunnas anfa’uhum linnas bermaksud Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak memberi manfaat bagi orang lain. Jadi jangan berhenti dan pedulikan apa orang nak kata ya. Pakcik pergi dulu, Assalamualaikum.” kata pakcik sambil berlalu pergi.
Terngiang-ngiang
“Waalaikumsalam” jawab Amri. Sedikit sebanyak peristiwa tadi agak menganggu emosi Amri. Amri berjalan perlahan, sambil cuba memujuk diri sendiri. Ditegur dan dimaki depan orang ramai bukanlah mudah untuk terima. Kata-kata jejaka tadi terngiang-ngiang di kepala Amri.
“KAU TAK PAHAM BAHASA KE?” “KAU TAK PAHAM BAHASA KE?” “KAU TAK PAHAM BAHASA KE?”
Entah macam mana, Amri menjawab sendiri dalam fikiran beliau. “YA! AKU TAK PAHAM BAHASA BILA AKU NAK BERHENTI!” dengan penuh semangat Amri mempercepatkan langkah beliau, singgah di kedai mamak berhampiran membeli teh o limau ais, Amri minum menghilangkan dahaga.
Mamak tersebut perhatikan Amri atas bawah. Amri yang sedar akan situasi itu mula rasa tak senang. “Takkan mamak ni nak tegur aku juga macam orang tadi tu. Dah lah baik aku beredar.”
Amri terfikir, “Baik, aku terus ke bazar Ramadhan, kat situ ramai orang. Bazar Ramadhan? EH AKU PUASA! Allahuakhbar!”. Masa sedar, dah satu bungkus teh ais licin. Patutlah mamak tu tengok Amri atas bawah! Tapi tak sedar takpa. Tak sengaja kan?
Buat kalian yang pernah mengalami seperti Amri, jangan putus asa, teruskan usaha kalian. Sesungguhnya sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak memberi manfaat bagi orang lain.
Janganlah kita memandang rendah pada orang lain. PEACE!
Leave a Reply