Hari Yb nak kongsikan tentang tips meninggalkan kediaman sepanjang pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri. Kita nak balik kampung dengan tenang. Antara perkara penting yang selalu kita ambil lewa adalah keadaan kediaman kita. Sekadar dah kunci, selesai. Belum selesai lagi.
Hari Raya Aidilfitri semakin dekat. Ramai warga kota sudah mula pulang ke kampung mulai hari ini 31 Mei 2019. Berhati-hatilah ketika memandu. Andai kata kalian merasa mengantuk, berhenti lah rehat dan segarkan badan dengan basuh muka, regangkan badan terutama waktu siang. Cabaran sedikit tinggi kerana waktu siang kita berpuasa.
Pastikan kediaman dikunci
Berbalik kepada keadaan kediaman, pastikan kediaman yang ditinggalkan sudah berkunci. Pintu depan, pintu belakang, tingkap, pastikan semua berkunci. Andai kalian ada jeriji dari dalam rumah, pastikan juga berkunci. Periksa satu persatu sebelum keluar ya.
Segala alat elektrik pastikan telah dimatikan. Mungkin peti ais boleh dibiarkan. Tapi alat elektrik lain boleh dimatikan dan dicabut dari socket. Ini boleh mengurangkan penggunaan bil elektrik dan mengurangkan risiko litar pintas. Dah lah sekarang bil elektrik tengah mahal.
Buka lampu luar rumah
Lampu luar jangan lupa nyalakan. Jika kalian ingin menjimatkan tenaga, kalian bolehlah menggunakan light sensor switch. Boleh dapatkan di kedai elektrik berhampiran. Di atas talian pun boleh, boleh dapatkan di lazada. Untuk pemasangan Yb tak pasti, boleh rujuk kepada yang lebih pakar.
Tapi dengan adanya light sensor switch ini, waktu siang, lampu akan padam, waktu malam lampu akan buka secara automatik. Ada jenis yang kita boleh aturkan masa bila lampu menyala dan masa bila lampu padam. Yb galakkan kalian pasang di kediaman kalian.
Ini kerana akan memudahkan rukun tetangga atau anggota keselamatan yang bertugas boleh nampak kediaman anda dengan jelas sewaktu rondaan di waktu malam. Ia juga boleh menghindari dari kejadian yang tak diingini seperti kejadian pecah rumah. Bila dah terang, tak jadi lah penyamun nak buat kerja.
Tanggungjawab bersama
Kediaman kita tanggunjawab kita juga, jangan harapkan rukun tetangga atau anggota keselematan yang bertugas sahaja. Benar itu adalah tugas mereka, tapi apa salah kita juga membantu mereka. InsyaAllah kita semua dilindungi-Nya dari perkara yang tidak baik.
Akhir kata, selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Yb mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf zahir dan batin!
Leave a Reply