• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Komputer / Tips Pilih Laptop

Tips Pilih Laptop

23 March 2019 by ybbaby 2 Comments

Jalan-jalan cari laptop, dari kedai ke kedai lebih kurang je semua. Mana satu nak pilih ni? Argh pening aaa! Rileks, jangan pening-pening. Kalau pening konpem tak dapat laptop yang sesuai dengan kita. Pilih laptop ni pun kena ada jiwa juga.

Ada banyak faktor nak pilih laptop ni. Ada yang berkenan sebab reka bentuk, ada yang berkenan sebab spesifikasi, ada yang berkenan sebab saiz, ada yang tengok brand dan ada yang tengok bajet. Apa yang nak dibuat pun main peranan.

Aku bukan pengguna MacBook, jadi tips yang aku berikan tidak menjurus untuk pemilihan Macbook. Aku dah biasa dengan windows, pernah sekali cuba untuk bertukar ke Macbook, tapi tak kena dengan jiwa. Cuma dari spesifikasi mungkin tak jauh beza. Semoga membantu dalam memilih laptop.

Spesifikasi

Ini perkara pertama yang aku tengok untuk pilih laptop. Selalunya sebelum pilih laptop jenis apa dan brand apa, aku akan tengok spesifikasi apa yang aku nak. Untuk dapat apa spesifikasi yang kita nak, kita perlu tahu apa yang kita nak buat dengan laptop yang nak dibeli tu.

Antara aktiviti popular yang akan digunakan di laptop:

  • Editing dan rendering
  • Gaming
  • Surfing (Internet, blogging, youtube)
  • Office work (MS Word, Excel, powerpoint dan lain)

Macam aku banyak guna software editing dan rendering seperti, Adobe creative software dan Autodesk 3D Max. Jadi aku memerlukan spesifikasi yang agak tinggi. Apa yang aku tengok dekat spesifikasi? Keperluan berbeza ikut kehendak masing – masing.

Spesifikasi yang aku bagi kat bawah ni dah balance untuk semua penggunaan atau kita panggil medium end specs.

  • Processor minimum Intel i5 ( 2.4ghz-3.8ghz)

Aku pengguna Intel dari dulu, setakat ni tak pernah lagi guna AMD. Setakat ni processor Intel i5 dan ke atas tidak ada masalah lagi pada aku. Minimum aku akan cari Intel i5.

  • RAM

RAM aku akan pilih minimum 8 GB. Ini untuk tampung running program dan simpan data program. Lagi tinggi lagi bagus.

  • HDD

Untuk hard disk pulak aku akan pilih SSD. SSD bermaksud Solid State Drive. Yang lama ialah HDD, Hard Disk Drive. SSD lebih laju untuk diakses sebab dia umpama pendrive.

  • GPU

Yang ni, terpulang, tak perlu tinggi pun takpa, kalau nak main game baru la cari yang medium GPU seperti, ATI RX570 atau Nvidia GeForce GTX 1050. Untuk gamers, boleh tengok Asus ROG, Razer Blade, Acer Predator, Alienware atau Sager. Ini semua memang dibuat untuk main game.

Saiz dan Bentuk Laptop

Untuk size aku selalu pilih yang tengah-tengah, 15 inch. Sebab tak besar sangat tak kecik sangat. Kena ambil kira sebab nak spend dekat accessories penjagaan laptop satu hal lagi. Beg laptop pun boleh tahan juga. Itu nanti kita cerita.

Bagi aku, spesifikasi dan size yang aku cari dah ada pada satu laptop. Aku nak share dengan korang, laptop yang aku suka ni spesifikasi memang sangat okay bagi aku plus mudah untuk bawak ke mana saja. Jadi ini boleh disimpulkan aku suka dengan saiz dan brand sekali sebab mudah nak bawa ke mana-mana.

Pilihan Hati

Aku suka dengan laptop yang boleh jadi tablet. Kenapa? Sebab senang nak bawa ke mana-mana. Nak masuk beg senang, ringan, spesifikasi yang terkini dan laju. Laptop yang aku nak share dengan korang ni ada pen sekali khas untuk mereka yang suka melukis.

Microsoft Surface Pro. Harga range dari Rm3k ke RM10k. Boleh tengok video durasi 5 minit di link Video Surface. Video menunjukkan semua jenis Microsoft Surface yang ada.

Laptop lain pun ok juga, berdasarkan keperluan masing – masing. Tengok spesifikasi berdasarkan keperluan kita. Spesifikasi yang aku bagi contoh kat atas tu dah terbaik untuk semua lapisan pengunaan. Kalau nak lebih mantap lagi, pegi ke Desktop la cuma kena korbankan boleh bawak ke mana – mana.

Semoga Membantu dan Bermanfaat!

Artikel menarik untuk anda:

Software Editing yang aku gunakan

Software Editing yang aku gunakan

Ramai orang selalu bertanyakan apa software yang aku gunakan untuk editing gambar dan video. Ada software yang banyak yang boleh…... Baca selanjutnya »

Snipping Tool Windows 10

Snipping Tool Windows 10

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak berkongsi tentang satu perisian yang memudahkan kita untuk screenshot di platform windows…... Baca selanjutnya »

Kenali Dalam Komputer Anda

Kenali Dalam Komputer Anda

Komputer atau komputer riba tidak asing lagi dalam dunia hari ini. Walaupun kebanyakan orang sudah beralih ke telefon pintar, komputer masih lagi…... Baca selanjutnya »

Tips sebagai seorang jurugambar perkahwinan

Tips sebagai seorang jurugambar perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menjadi seorang jurugambar perkahwinan bukan satu perkara yang mudah. Kalian haruslah mengikut apa yang dikehendaki oleh pasangan pengantin….... Baca selanjutnya »

Filed Under: Komputer Tagged With: cpu, hdd, komputer riba, laptop, macam mana nak beli laptop, notebook, processor, specs untuk editing, spesifikasi laptop, spesifikasi terbaik untuk laptop, spesifikasi untuk editing, ssd, surface, surface pro, tips pilih laptop

Previous Post: « Sudut Berbeza
Next Post: Dunia Terbalik »

Reader Interactions

Comments

  1. Azhar

    23 March 2019 at 11:42 am

    Boleh tanya pendapat skit.. laptop apa yang battery dia boleh tahan lama?
    Azhar recently posted…Pengalaman Bootcamp di Lembah PangsunMy Profile

    Reply
    • ybbaby

      24 March 2019 at 3:34 am

      Bateri ni bergantung pada penggunaan laptop tersebut. Sebagai contoh jika kita gunakan program yang memerlukan processing power yang tinggi seperti adobe atau 3Ds Max,bateri lebih cepat habis.

      Kebanyakkan laptop standard tahan 6 jam ke 7 jam lepas fully charge dan digunakan sekadar surfing dan program yang ringan seperti MS Office. Kadang-kadang lebih kerana laptop yang terkini kebanyakkan dah ada power saving.

      Saya bagi contoh Microsoft Surface. Berdasarkan pengalaman guna surface untuk program yang heavy, boleh tahan satu hari, tapi bukan la kita guna sepanjang masa. Bila penggunaan kurang, laptop akan terus masuk ke energy saving mode.

      Jadi untuk zaman sekarang kebanyakkan laptop boleh tahan lebih satu hari sebab kita bukan guna sepanjang masa. Cuma perlu diingatkan lifetime battery akan berkurang andai kata tidak jaga dengan betul.

      Sebaiknya charge bila battery betul-betul low. Kalau sekadar di rumah cabut battery dan gunakan full on power supply.

      Kalau tak boleh cabut. Jangan charge selagi belum bawah 20%. Melainkan nak guna full processing power, baru la guna power supply untuk battery yang tak boleh cabut.

      Semoga menjawab soalan tuan. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme