Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah agak lama aku tidak menulis. Sedikit kesibukan dalam rutin harian. Dengan raya lagi. Balik kampung, pulang ke bandar. Masa yang sangat singkat. Tapikan, alasan tetap alasan betul? Sebagai mana orang bagi alasan jika lewat. Alasan macam mana pun, lewat tetap lewat. Ah! kena ubah supaya tidak beralasan.
Dalam mencapai apa yang dicitakan, rutin harian haruslah dirancang dengan rapi. Dari perkara mudah dan remeh ke perkara yang kompleks dan penting harus diambil peduli. Bermula dari sasaran harian, sasaran mingguan, sasaran bulanan dan sasaran tahunan.
Tambah baik
Banyak lagi yang harus ditambahbaik terutama cabaran untuk mengatasi dan mengendalikan gangguan yang buat kita lari dari fokus asal. Siapa pernah lalui situasi bila kita dah tetapkan apa nak buat, tapi tak buat? Sakit hatikan, geram. Akhirnya, itu tertangguh, ini tertangguh, kerja tak siap. Mood lari.
Baru-baru ini aku di duga dengan penyakit gout. Sudah lama aku tidak kena penyakit ni, entah salah makan mungkin, aku diserang semula. Aku tak nak ceritakan bagaimana kesakitan gout, azab dia…Hanya Dia yang tahu. Aku nak kongsikan macam mana nak kawal dan hilangkan sakit gout.
Seperti biasa, kalau sakit kita ke klinik. Untuk gout, doktor akan bagi suntikan pada pesakit. Tapi aku teringat yang suntikan memang cepat, tapi kemungkinan buah pinggang akan rosak tinggi. Aku batalkan niat.
Setelah aku bertanya keliling, membuat sedikit bacaan dan nasihat dari kawan-kawan. Masa tanya dan baca tu, kaki tak tau letak mana. SAKIT OI!
Tips
Ini antara tips untuk mengurangkan sakit gout dan mengawal sakit gout :
- Pergi farmasi, beritahu kena gout. Biasanya farmasi akan tanya, biasa makan ubat gout tak? Selalunya farmasi akan bagi, ubat goutnor dan ubat tahan sakit. Pada badan aku, 12 jam ke sehari amik masa untuk sakit tu berkurangan. Tapi ni pun akan effect buah pinggang.
- Kalau susah sangat, pergi klinik, minta injection. Aku tak ingat apa nama injection tu. Doktor tau la. Effect buah pinggang juga.
- Banyakkan Minum jus lemon.
- Banyakkan Minum air alkali.
- Blend Lobak putih dengan buah keras, minum seminggu 2 3 kali.
- Blend lobak putih, nenas dan buah keras.
- Minum jus nenas. Kalau malas nak blend. Beli je air tin Fruitee nenas.
- Buat bekam. Buang darah kotor, badan akan hasilkan darah baru yang sihat!
Tak kisah lah yang mana satu yang kalian akan ikut, yang penting, banyakkan minum air suam atau kosong sehari. Kalau kalian ada mesin penapis air lebih baik, minum lah air banyak-banyak. Kalau ada yang alkali lebih bagus.
Pemakanan kena kawal, elakkan makanan berprotein tinggi. Masa pegi klinik. Doktor suruh search “No purine diet”. Yang ni kalian search la, tengok makanan mana yang kena dengan selera.
Antara semua, yang paling senang dan berkesan pada ketika ini ialah air tin fruittee nenas dan minum air alkali. Alhamdulillah gout aku dah terkawal sekarang ni. Setakat ni, ini yang berkesan dengan badan aku.
Setakat ni, ini lah yang aku dah cuba dan berkesan. Semoga kalan Aku doakan kalian sentiasa diperlihara dan dikurniakan dengan kesihatan yang baik.
Kalau kalian ada cara lain, kongkikan diruangan komen ya!
Semoga bermanfaat!
Leave a Reply