Semalam satu berita mengejutkan dunia apabila Presiden Amerika Syarikat bertindak menyekat segala urusniaga negara itu dengan syarikat besar telefon bimbit dari China iaitu Huawei. Alasan beliau, Huawei menggunakan oersnti mereka di Amerika Syarikat sebagai alat risikan mereka.
Antara syarikat yang mematuhi arahan Trump ialah Google, Qualcomm dan juga Intel. Google telah bertindak menarik balik lesen aplikasi google dan Android dari Huawei. Qualcomm dan intel juga berhenti membekalkan alat alat peranti kepada Huawei.
Keresahan Melanda
Jesteru keadaan ini, ramai pengguna mula resah, ada yang mengatakan semua telefon bimbit tidak dapat digunakan lafi, ada yang dah buat gaya, gaya je kot, tak tau la betul betul kan, letak telefon bimbit Huawei yg terkini dibawah kaki basikal.
Ada yang ingin menjual telefon terkini dengan harga 2 ke 3 ratus sahaja. Dari apa yang aku lihat sebenarnya dari sudut perniagaan. Huawei sudah mula mendominasi pasaran dunia sejak dua tahun lalu. Apple semakin ditinggalkan.
Cantas
Amerika risau dengan keadaan ini terus mengatakan Huawei buat risikan ke atas negara mereka. Terang lagi bersuluh nak cantas huawei. Jadi apakah kesan kepada telefon huawei yang telah ditarik balik lesen android dan google?
Segala aplikasi seperti google playstore, google map, facebook, whatsapp, instagram dan lain-lain di bawah google, akan disekat dan pengguna tidak dapat menggunakan aplikasi tersebut dengan telefon Huawei.
Tapi, segala telefon huawei yang telah dijual pada pengguna, sedang dijual, masih boleh digunakan. Jangan risau. Andai ada model baru selepas ini yang tak dapat digunakan. Setiap kali model baru dikeluarkan, ianya akan di hantar kepada google untuk disemak segala spesifikasi dan kestabilan aplikasi. Selepas lulus semua baru dapat lesen dari google dan ia mula dijual.
Jadi impaknya tetap besar kepada huawei, kerana buat masa ini hanya ada sistem operasi IOS pada iphone dan Android sahaja. Dari kesinambungan kejadian ini, sebenarnya adalah satu titik yang boleh membuatkan huawei pergi lebih jauh.
Kerana Huawei telah mengumumkan yang mereka sudah pun membangunkan aplikasi dan sistem operasi sendiri. Keadaan ini akan memaksa huawei untuk berdiri dengan sendiri. Dengan pengguna yang ramai serata dunia, bergantung pada cara huawei bertindak.
Jangan khuatir
Sama ada huawei akan terus meroket ke bulan atau jatuh junam ke dasar laut. Apa pun jangan risau ya kalian yang pakai huawei. Aku pun pakai huawei. Hihi. Boleh rujuk pada link ni ya untuk kenyataan dari Google tentang peranti Huawei yang sedia ada tidak terjejas.
Jangan risau ya pengguna Huawei!
Persoalannya sekarang, dua kuasa besar nak gaduh, gaduhlah, tapi adakah kita mampu hidup tanpa facebook, whatsapp, instagram dan aplikasi google seperti yang ada pada hari ini?
Kongsikan di ruangan komen.
Leave a Reply