Samsul, seorang pemain bola yang sangat berbakat. Beliau selalu berlatih sendiri setiap petang. Sejak 6 bulan lalu, hanya menjadi bahan ejekan rakan-rakan seperti budak gemuk, beliau berlatih setiap hari. Kini Samsul telah mampu bermain bersama rakan-rakan di sekolah.
Pada awalnya Samsul selalu diejek dengan panggilan kaki bangku. Ada kalanya dipanggil bangku saja. Oleh kerana tidak tahan dibahan sedemikian rupa, Samsul tekad berlatih sendiri. Hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan.
Perubahan
Sehinggakan beliau menubuhkan pasukan sendiri dan menewaskan pasukan wakil sekolah. Akhirnya pasukan beliau dipilih mewakili sekolah. Samsul kini tidak lagi berlatih sendirian setiap petang. Tapi bersama-sama dengan pasukan beliau.
Tapi setiap kali perlawanan Samsul pasti pemain yang paling menyerlah. Lama kelamaan, beliau mula leka, beliau tidak lagi berlatih petang-petang. Apabila prestasi Samsul semakin jatuh. Rakan-rakan sepasukan beliau mengajak beliau berlatih bersama.
Tapi dengan bongkak beliau menolak untuk berlatih bersama. Memberitahu yang beliau dah hebat. Tak perlu berlatih lagi. Ronaldo pun beliau boleh kalahkan. Ego yang sangat tinggi sehingga lebih dari atmosfera bumi.
Lupa diri
Sehingga satu perlawanan peringkat negeri, beliau bermain dengan sambil lewa. Dah terlalu hebatkan. Main pun sambil lewa. Melihat keadaan begitu, jurulatih sekolah menukarkan beliau dengan pemain baru.
Beliau tak puas hati. Nak menunjukkan yang beliau adalah seorang bintang, baru kat peringkat sekolah, belum main untuk Malaysia lagi dah mendongak bagi seorsng pemain dunia. Beliau melawan dengan jurulatih. Keluar dari padang beliau terus balik.
Gugur
Akibatnya, beliau digugurkan dari pasukan sekolah. Beliau mula menyendiri. Rakan-rakan sepasukan beliau tahu yang Samsul bukan lah dirinya yang sebenar. Mereka tidak putus asa dengan Samsul.
Mereka mencari Samsul dan bersemuka dengan Samsul. Samsul mula malu dengan rakan-rakan beliau. Seorang pemain yang lebih muda dan baru berkata pada Samsul.
Nasihat
“Bang, abang seorang pemain yang ada potensi tinggi. Tapi kalau abang buat macam ni pasti abang tak ke mana.”
Seorang lagi ahli pasukan bersuara. “Bang, kalau abang nak pergi laju. Abang pergi seorang diri. Kalau abang nak pergi jauh. Kita pergi sama-sama.” Shamsul hanya diam seribu bahasa.
Begitulah dalam apa jua yang kita lakukan dalam hidup. Kerjasama itu penting. Kerja berkumpulan akan membuat kita lebih kuat dan lebih berdaya saing. Tidak kisah la pasukan bola sepak, pasukan keselamatan atau pasukan jualan, semuanya perlu kerjasama.
Berkerjasamalah dengan baik andai kalian ada pasukan. Jika kalian ada pasukan tapi bekerja sendiri, percayalah, kalaian pasti akan keseorangan dan lama kelamaan kalian akan hilang arah. Jadi hargailah pasukan kalian.
Leave a Reply